Blog Archives

Perhentian.mutiara percutian pantai timur.


TEMPAT TEMPAT MENARIK di Malaysia…ok,sekarang saya ingin membincangkan tempat-tempat yang menarik  yang boleh anda lawati di Malaysia. Malaysia ni mempunyai terlalu banyak tempat yang menarik untuk di lawati antaranya ialah Cameron highlands,bukit fraser,pulau langkawi dan banyak lagi..tempat-tempat ni sangat sesuai bagi insan yang menginginkan ketenangan dan ingin lari seketika dari kesibukan bandaraya yang boleh menyakitkan kepala..

Di sini saya ingin membincangkan keindahan yang terdapat di Pulau Perhentian. Pulau Perhentian adalah satu pulau yang terletak di besut Terengganu. Pulau ini pernah dikatakan antara pulau tercantik di dunia kerana mempunyai pelbagai panorama yang indah. Pulau Perhentian terdiri daripada 2 buah pulau dan disebabkan inilah yang menyebabkan pulau ini cantik. Dua pulau tersebut ialah Pulau  Perhentian Kecil dan juga Pulau Perhentian Besar.

MASA BERKUNJUNG

Anda boleh berkunjung ke Pulau Perhentian pada bila-bila masa kecualilah pada musim tengkujuh kerana pada musim ini,keadaan laut amat tidak stabil. Musim tengkujuh biasanya bermula pada hujung bulan oktober hinggalah hujung bulan februari. kebiasaan aktiviti di pulau akan dihentikan seketika.

TARIKAN PULAU PERHENTIAN

1.      Airnya yang jernih bak kristal

Banyak yang indahnya Pulau Perhentian ni,antara yang paling di sukai para pelancong ialah airnya yang jernih bak Kristal.kalau orang putih kata “cristal water”. Pabila anda mula2 hendak sampai ke pulau ini,anda boleh melihat airnya yang jernih hinggakan anda dapat melihat  panorama dasar laut dengan jelas sekali. Anda akan dijamu dengan keindahan laut sebelum anda sampai di pulau lagi.

2.Pantai yang memutih

Setelah anda memnjejakkan kaki di Pulau Perhentian,anda akan dipukaukan keindahan pantai yang memutih yang tidak di cemari sedikitpun.

4.keindahan terumbu karang

Terumbu karang di Pulau Perhentian adalah antara yang terindah di Malaysia dan tidak hairan lah kenapa ia menjadi tarikan utama pelancong asing untuk bertandang ke pulau ini. selain daripada terumbu karang,anda juga berpeluang untuk melihat ikan laut yang comel-comel mendiami di terumbu karang ini seperti ikan nemo,sotong,ikan pari,yu dan jika anda bernasib baik,anda mungkin dapat melihat penyu berenang si kawasan pulau ini.

AKTIVITI YANG TERDAPAT DI PULAU PERHENTIAN

Jika anda melancong ke pulau ini,sudah tentunya anda ingin berhibur bukan? Jika ya,pulau ini menyediakan pelbagai hiburan dan aktiviti yang dapat ada jalankan sepanjang anda berada di pulau ini. antara aktivitinya ialah:

Ø  Jungle trekking

Ø  Menaiki banana boat

Ø  Berkenu ataupun berkayak

Ø  Berkhemah

Ø  Memancing

Ø  Program sukarelawan Pemuliharaan Penyu

o   http://www.helpourpenyu.com sentiasa menjalankan aktivi ini dan jika anda berminat untuk menyertainya,anda bolehlah menyertai program ini dan pengambilan sukarelawan baru dijalankan setiap hari isnin.

Ø  Snorkeling

o   bagi snorkeling,tempat yang menarik ialah Shark Point dan Tanjung Besi dan tempat yang terbaik bagi melihat jerung adalah pantai di antara Shark Point dan juga Teluk Dalam yang hanya boleh dimasuki melalui bot.

o   bagi melihat penyu pula,tempat terbaik yang anda boleh pergi ialahpertengahan pantai di depan Perhentian Island Resort.

Ø  Menyelam scuba

o   bagi anda yang pertama kali ingin mencuba menyelam,anda boleh bertanyakan pusat selaman anda dimana mereka membuat selaman pengenalan .

  • Bagi yang sukakan sukan scuba,disini disertakan beberapa tempat dan maklumat tentang kawasan scuba yang popular di Pulau Perhentian.
Tempat Jenis selaman Pengalaman Kedalaman maksimum Ketelusan air Arus Hidupan laut
Tokong Burung Reef Drift Pertengahan 34meter 18m Light Barracuda, jacks, fusiliers, snappers dan tuna
Batu Nisan Reef Wall Rock Beginner 13 m 12m Sangat lembut Boxfish, butterflyfish, unicornfish, sweetlips, surgeonfish, bannerfish, rays dan bnyak lagi
Laluan Naga berbatu beginner 18m 12m Sangat lembut  Sweetlips, Barracuda, Surgeonfish, Angelfish, Pufferfish, Butterflyfishdan banyak lagi
Pasir Kerangi Reef beginner 18m 20m Tiada Pelbagai hidupan
Pasir Tani Wreck Wreck advance 24m 20m Lembut Pelbagai hidupan
Pulau Rawa Reef Inland Beginner 30m 20m Lembut Pelbagai hidupan
Pulau Susu Dara Besar Reef Beginner 18m 20m Lembut Pelbagai hidupan
Shipwreck Wreck Pertengahan 25m 12m Lembut Butterflyfish, Filefish, Bannerfish, Hawkfish, Jacks, Barracuda dan banyak lagi
Tanjung Besi Reef Cave Rock Other Pertengahan 25m 20m Pertengahan Snappers, Groupers, Tropical Fish, Turtles, Barracudas, Trevally, Jacks, pelbagai hidupan laut
Teluk Karma Rock Beginner 13m 12m Tiada Pelbagai hidupan
Terumbu Tiga Reef Pertengahan 27m 30m Lembut Pelbagai hidupan
The Sugar Wreck Reef Wreck Beginner 18. 20m Lembut Snappers, Groupers, Trevally, jacks, Barracuda dan banyak lagi

Dan aktiviti yang paling istimewa disini ialah anda boleh mengabadikan detik perkahwinan anda dalam air atau di panggil “underwater  wedding”.

MACAMMANA NAK SAMPAI KE PULAU PERHENTIAN

Pertama sekali anda perlulah dating ke Kuala Besut dahulu untuk mendapatkan perkhidmatan bot. untuk sampai ke Kuala Besut,anda boleh memilih samada menaiki kereta sendiri ataupun perkhidmatan awam. Untuk makluman anda,lapangan terbang yang terdekat adalah di Kota Bharu iaitu sejauh 50km. setelah anda sampai di jeti Kuala Besut,anda boleh memilih samada nak menaiki bot laju ataupun bot biasa.bagi bot laju.

Jenis bot

Masa perjalanan

pergi

balik

Pergi &balik

feri

30 – 45 minit

Rm40

Rm40

RM70

Bot laju

30 – 45 minit

Rm40

Rm40

RM70

Bot kayu

1 – 1.5 jam

RM300/haluan

*perlu ditempah per bot.maximum 12 orang penumpang.

*dinasihatkan kepada pengunjung yang memilih untuk menaiki bot laju dan juga bot kayu agar membalut barang elektronik anda kerana berkemungkinan anda anda akan basah semasa perjalanan pergi ke pulau.

Kepada semua pengujung,sesudah sampai anda di pulau Perhentian,anda akan dikenakan caj pemuliharaan taman laut sebanyak RM5. Selain itu,bagi yang memilih menaiki feri,anda juga akan di caj RM 2 sebagai tambang bot untuk sampai ke pantai kerana feri tidak berlabuh di tepi pantai bagi menjaga terumbu karang.

TEMPAT PENGINAPAN

Perhentian Island Resort

Ciri-ciri hotel

Bahagian

Ciri- ciri

Keseluruhan Restaurant, Air Conditioned, Coffee / Tea Maker, Complimentary Toiletries, Towels, En suite, Private Bathroom, Cots, Coffee Shop/Cafeteria, Family Room
Aktiviti Swimming pool, Tennis Courts, Private beach, Beach (Direct Access), Nature Trail, Karaoke, Water Activities, Canoeing, Kayaking, Beach Soccer and Volleyball, Pool Outdoor
Servis Banquet Facilities, Conference Room(s), Meeting Rooms, Direct dial phone, Audio/Visual Equipment, White board

* untuk maklumat lanjut tentang hotel,kekosongan bilik dan juga tempahan boleh klik disini

Senja Bay Resort Perhentian Islands

Bahagian

Ciri- ciri

Keseluruhan Room Service
Aktiviti Business Center, Porters, Laundry service
Servis Parking is available.

* untuk maklumat lanjut tentang hotel,kekosongan bilik dan juga tempahan boleh klik disini

Akhir kata diucapkan selamat bercuti kepada anda semua.. :)

 

 

 

created by

UCLICKZ

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.