Blog Archives

LANGKAWI Lagenda bersejarah..

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca sekalian.terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog saya dan membaca yang di hidangkan walaupun saya tahu ia tidaklah seberapa. Tapi saya berharap agar apa yang saya kongsikan kepada anda sekalian bermanfaat kepada anda semua. Teguran dan cadangan adalah dialu alukan. šŸ™‚

ok,sekarang saya ingin bincangkan tentang pulau lagenda iaitu Pulau Langkawi. Mendengar sahaja nama Pulau Langkawi sudah tentu anda terbayang akan lagendanya bukan? Akan tetapi saya disini bukan ingin bincangkan tentang lagendanya tetapi saya ingin berkongsi dengan anda tentang keindahan Pulau Langkawi.

Pulau Langkawi adalah salah satu pusat peranginan yang amat popular di Malaysia. Mat salleh ramai yang datang ke Malaysia semata-mata ingin melancong ke Pulau Langkawi jadi amat rugilah kalau kita tidak memanfaatkan kelebihan yang kita ada ni.

BAGAIMANA HENDAK PERGI KE PULAU LANGKAWI

Melalui kapal terbang.

  • Bagi yang berkemampuan,anda bolehlah menaiki kapal terbang dan agensi yang menawarkan servis ke Pulau Langkawi ialah Airasia,Firefly,Malaysia Airlines,Happy Airways dan Silk Air.

Melalui bot @ feri

Syarikat bot

Tempat berlepas

Harga (Rm)

Masa untuk sampai (minit)

Langkawi Feri

Kuala Perlis

18

75

Kuala Kedah

23

105

Pulau Pinang

60

165

Satun

30

75

Telaga Harbour

Ko Lipe,Thailand

128

75

RONDA-RONDA LANGKAWI

setelah anda sampai di Langkawi,amat merugikanlah jika anda tidak menjelajah pulau lagenda ini. Anda boleh memilih samada ingin menggunakan teksi,motosikal,kereta sewa ataupun basikal.

  • Bagi kereta sewa,caj biasa dikenakan sebanyak Rm70 ā€“ Rm150 per hari. Kadar ini juga bergantung pada jenis kereta,keadaannya dan juga jangka waktu sewaan.
  • Bagi motosikal 150cc,caj yang dikenakan ialah Rm 40 ā€“ Rm45 sehari manakala bagi motosikal 115cc caj yang dikenakan hanyalah Rm25 sehari sahaja.
  • Bagi basikal pula,anda boleh membuat sewaan dengan pihak resort yang anda duduki dan kadar cajnya ialah antara Rm10 ā€“ Rm30 sehari.

TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI

Jika anda ingin pergi ke Pulau Langkawi,sudah tentunya anda mahu mengetahui tempat yang menarik yang boleh dilawati sepanjang berada di pulau tersebut bukan?? Jika ya,disini ada saya sertakan beberapa tempat yang menarik yang anda boleh lawati sepanjang anda berada di Pulau Langkawi.

1. Air Terjun Telaga Tujuh

  • Dinamakan kerana mempunyai 7 buah telaga di sepanjang air terjun tersebut. Juga mempunyai laluan jungle trekking

2. Gunung Raya

  • berketinggian 881 m dan mempunyai permandangan yang indah di pucaknya.

3. Taman Buaya

  • Dibuka setiap hari : 9 pagi ā€“ 6 ptg.
  • Masa pertujukan : 11.15pg ā€“ 2.45 ptg.
  • Harga : Rm15 untuk dewasa dan Rm10 bagi kanak-kanak.
  • UntukĀ  maklumat lanjut anda boleh hubungi talian iniĀ  +6049592559.

4. Taman Lagenda.

  • Harga : Rm5/dewasa dan Rm2.50/kanak-kanak.
  • Taman ini didedikasikan kepada lagenda yang popular di Langkawi iaitu Lagenda Mahsuri.
  • Boleh dikatakan sebagai muzium terbuka yang seluas 50ekar.
  • Disini anda berpeluang melihat pantai dan juga tasik buatan manusia.
  • Amat sesuai untuk perkelahan dan mencari ketenangan.
  • UntukĀ  maklumat lanjut anda boleh hubungi talian ini.ā˜Ž +6049664223.


5.Underwater World

  • Akuarium tertutup yang menempatkan pelbagai spesis hidupan air.
  • Hari biasa : 9.30 pagi ā€“ 6.30 petang.
  • Hari minggu : 9.30 pagi ā€“ 8.30 malam
  • Harga : Rm38/dewasa dan Rm28/kanak-kanak.
  • UntukĀ  maklumat lanjut anda boleh hubungi talian ini +6049556100.

6. Dataran Lang

  • Mempunyai keindahan lanskap,keindahan kolam,patung helang dan banyak lagi.
  • merupakan mercu tanda Pulau Langkawi.

7. Oriental Village

  • Kampung yang bertemakan asian mempunyai restoren,persembahan silat,permainan wau dan banyak lagi.

8. Geleri Perdana

  • Harga : Rm10

9. Summer Palace

  • Harga : Rm5/dewasa dan Rm3.50/kanak-kanak.
  • Ia dibuat bersempena dengan pengambaran filem Anna & The king.
  • Malangnya sekarang ini Summer Palace ditutup kepada pengunjung dan tidak diketahui bilakah ia akan dibuka.

10. Ibrahim Hussein Foundation Museum

  • Menempatkan lukisan abstrak
  • dibuka pada 10 pagi ā€“ 6 petang.
  • Harga : Rm10

11. Bagi yang berminat untuk bersantai di pantai, disini disertakan pantai yang indah di Langkawi.

  • Pantai Tengah

  • Pantai Kok

  • Tanjung Rhu

  • Pantai Pasir Hitam

  • Teluk Datai

  • Teluk Burau
  • Pasir Tengkorak

12. Laman Padi.

  • Disini anda dapat menyaksikan sawah padi san juga permandangannya.
  • UntukĀ  maklumat lanjut anda boleh hubungi talian ini 955 4312.

AKTIVITI MENARIK DI LANGKAWI

Disini saya juga ada sertakan aktiviti yang terdapat di pulau ini.

Jet Ski Safari

  • anda boleh menjelajah Pulau Langkawi dengan menggunakan jet ski.
  • Biasanya mengambil masa selama 4 jam.
  • Bermula pada kira-kira jam 9 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari.
  • UntukĀ  maklumat lanjut anda boleh hubungi talian ini Ā +60122002155

Birdwatching Tours

  • Dengan aktiviti ini,anda akan dapat melihat lebih 200 spesis burung yang terdapat di pulau ini.
  • Biasanya dijalankan pada awal pagi dan petang.
  • Harga : Rm200/dewasa dan Rm120/kanak-kanak.

Island Hopping Tours

  • Melalui program ini,anda akan dibawa ke beberapa pulau di sekitar Langkawi dan kebiasaannya Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah.
  • Dalam program ini,mandi di Tasik Dayang Bunting adalah kemestian,
  • Biasanya mengambil masa 4 jam.
  • Kebiasaaanya akan bertolak pada puluk 9.30 pagi dan 2.30 petang.
  • Harga : Rm 25 ā€“ Rm40.

Pengembaraan dengan berkayak dan berenang.

  • Anda akan dibawa berkayak di hutan paya bakau.
  • Melalui aktiviti ini,anda berpeluang melihat burung raja udang,helang laut,layang-layang,ketam lumpur dan banyak lagi.
  • Harga : Rm 250/dewasa dan Rm120/kanak-kanak.

Jungle Trekking

  • Mengambil masa selama 4 jam.

Mangrove and Milestone Cruise

  • Melalui program ini,anda berpeluang menjelajah hutan paya bakau,pembentukan batu kapur purba dan banyak lagi.
  • Harga : Rm200/dewasa dan Rm120

Nature Walk

  • Mengambil masa dua jam berjalan kaki.
  • Dijalankan semasa matahari terbit dan juga semasa matahari terbenam.
  • Berpeluang melihat monyet,pelbagai jenis serangga dan tupai terbang.
  • Harga : Rm40/dewasa dan Rm20/kanak-kanak.

Scuba Diving dan Snorkling.

  • Lokasi : Pulau Payar Marine Park.
  • Harga : Rm 120 ā€“ Rm200.

Helicopter Joyrides,Pekan Baru,Bandar Kuah

  • Dengan aktiviti ini,anda berpeluang melihat keindahan Pulau Langkawi dari sudut udara.
  • Harga : serendah Rm120.
  • UntukĀ  maklumat lanjut anda boleh hubungi talian iniĀ  04-9699690.

Menaiki Kereta Kabel dan Jambatan Gantung.

  • Bertempat di Oriental Village.
  • Anda berpeluang melihat keindahan Pulau Langkawi dan juga Thailand.
  • Tidak beroperasi semasa cuaca buruk.
  • Harga : Rm30/dewasa dan Rm20/kanak-kanak.
  • UntukĀ  maklumat lanjut anda boleh hubungi talian iniĀ  +604959 4225.

Go Kart

  • Bertempat di Jalan Pantai Chenang.
  • UntukĀ  maklumat lanjut anda boleh hubungi talian iniĀ  604-955 5827/604-955 5792.

Golf

  • Harga : Rm 400/18 lubang dan Rm300/9 lubang
  • UntukĀ  maklumat lanjut anda boleh hubungi talian iniĀ  +60 959 2620.

KEMUDAHAN

Internet

  • Kebiasaannya,kebanyakan hotel menyediakan perkhidmatan Wi-fi percuma. Selain dari itu,kebanyakan kafe sepanjang Pantai Cenang,Pantai Kuah dan Pantai Tengah menyediakan Wi-fi pecuma.

PENGINAPAN

Di Langkawi,terdapat pelbagai kelas hotel dan resort yang boleh anda pilih dan bersesuaian dengan bajet anda.Disini saya ada sediakan beberapa contoh hotel yang memudahkan urusan anda untuk bercuti.

Citin Hotel

Ā 

Ciri-ciri hotel

Bahagian

Ciri-Ciri

Keseluruhan

Servis bilik,, pendingin hawa,bilik dilarang merokok.tv kabel dan setelit,pengering rambut, , Shower

aktiviti

Tour Desk, Bath / Hot Tub

Servis

24 Hour Reception, Multilingual Staff, Laundry service

Internet

Menyediakan internet berkelajuan tinggi

Parking

Menyediakan kemudahan parking percuma

* untuk maklumat lanjut tentangĀ hotel dan juga tempahan boleh dilihat disini

Meritus Pelangi Beach Resort & spa

Bahagian

Ciri-Ciri

Keseluruhan

Room Service, Restaurant, Disabled Access, Bar / Lounge, Air Conditioned, Non-Smoking Rooms, Mini Bar, Refrigerator, Cable / Satellite TV, In Room Movies, Coffee / Tea Maker, Hair Dryer, TV, Shower

aktiviti

Fitness Room/Gym, Swimming pool, Tour Desk, Massage / Beauty Centre, Tennis Courts, Golf Course, Sauna, Bath / Hot Tub, Spa bath / Jacuzzi, Garden, Fishing, Steam Room, Barber/Beauty Shop

Servis

Business Center, Concierge, 24 Hour Reception, Dry Cleaning, Babysitting / Child Services, Banquet Facilities, Conference Room(s), Currency Exchange, Safe-Deposit Box, Secretarial Service, Laundry service, Bicycle Rental, Direct dial phone, Ballroom

Internet

High-speed Internet is available at this hotel. Internet via modem/data port is available.

Parking

The hotel has free parking. There is an airport shuttle that runs from the hotel

* untuk maklumat lanjut tentangĀ hotel dan juga tempahan boleh dilihat disini

Datai Resort Langkawi

Bahagian

Ciri-Ciri

Keseluruhan

Room Service, Restaurant, Disabled Access, Bar / Lounge, Air Conditioned, Non-Smoking Rooms, Mini Bar, Cable / Satellite TV, In Room Movies, Coffee / Tea Maker, Hair Dryer, TV, CD Player, DVD Player, Wheel Chair Access, Shower

aktiviti

Fitness Room/Gym, Swimming pool, Tour Desk, Massage / Beauty Centre, Tennis Courts, Golf Course, Medical Assistance Available, Sauna, Bath / Hot Tub, Spa bath / Jacuzzi, Massage, Solarium, Barber/Beauty ShopFitness Room/Gym, Swimming pool, Tour Desk, Massage / Beauty Centre, Tennis Courts, Golf Course, Medical Assistance Available, Sauna, Bath / Hot Tub, Spa bath / Jacuzzi, Massage, Solarium, Barber/Beauty Shop

Servis

Business Center, Concierge, Elevator / Lift, 24 Hour Reception, Dry Cleaning, Babysitting / Child Services, Banquet Facilities, Conference Room(s), Currency Exchange, Multilingual Staff, Safe-Deposit Box, Security Guard, News Stand, Wake-up Service, Meeting Rooms, Laundry service, Direct dial phone

Internet

Menyediakan internet berkelajuan tinggi

Parking

Menyediakan kemudahan parking percuma

* untuk maklumat lanjut tentangĀ hotel dan juga tempahan boleh dilihatĀ  disini

Tanjung Rhu Resort Langkawi

Bahagian

Ciri-Ciri

Keseluruhan

Room Service, Restaurant, Bar / Lounge, Air Conditioned, Mini Bar, Refrigerator, Cable / Satellite TV, Coffee / Tea Maker, Hair Dryer, TV, CD Player, Shower

aktiviti

Fitness Room/Gym, Swimming pool, Massage / Beauty Centre, Sauna, Bath / Hot Tub, Spa bath / Jacuzzi, Massage

Servis

Business Center, Elevator / Lift, 24 Hour Reception, Babysitting / Child Services, Conference Room(s), Currency Exchange, Safe-Deposit Box, Laundry service, Direct dial phone

Internet

High-speed Internet is available at this hotel. Internet via modem/data port is available.

Parking

Parking is available.

* untuk maklumat lanjut tentangĀ hotel dan juga tempahan boleh dilihat disini

Selain dariĀ  contoh hotel diatas,anda juga boleh menyemak hotel lain yang terdapat di pulau LangkawiĀ DISINIĀ  .Jika anda mempunyai pertanyaan ataupun candangan,janganlah segan silu untuk menulisnya di ruangan komen. Segala cadangan dan juga pertanyaan amat-amatlah dialu alukan.Akhir kata dari saya,selamat bercuti. šŸ™‚

created by :

UCLICKZ